Kecoh di media sosial sejak kebelakangan ini pasal pemenang Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2019, Haneesya Hanee tentang isu individu mempersendakan warna kulit dia.

Melalui Twitter, individu itu menyamakan warna kulit Haneesya seperti Hajarul Aswad sehingga ibunya terpaksa masuk campur dan membuat laporan polis kerana agak keterlaluan.

Penyanyi, Black Hanifah terpanggil untuk menasihati Haneesya berkenaan isu warna kulit yang seperti tiada kesudahan ini. Menurut mStar, Black menegur Haneesya agar tidak cepat melatah jika warna kulitnya yang gelap sering dijadikan bahan jenaka ramai netizen.

Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial.”

Dia masih terkejut di mana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia, jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata.”

Black sendiri akui tidak pernah terasa hari kalau ada yang mengejek dan menganggap warna kulitnya yang gelap sebagai kelebihan berbanding artis lain.

Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri.”

Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya. Black adalah hitam dan hitam adalah manis.”

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *