Ibu terkejut 2 anak perempuannya makan lipas ketika dibiar bermain sendirian

Dua kanak-kanak perempuan didapati makan lipas ketika dibiarkan bermain bersendirian tanpa diawasi oleh ibu bapanya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu meninggalkan dua anak mereka bermain bersendirian setelah diberi susu, sementara mereka sibuk mengemas rumah.

Apabila si ibu tidak mendengar suara dua beradik itu bermain, dia berasa tidak senang hati lalu pergi memeriksa keadaan mereka. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati dua anaknya itu sedang memakan lipas dan terus berteriak memanggil suaminya.

Kedua-dua beradik itu terus dibawa ke sinki dan mulut mereka dibersihkan.

“Salah seorang anak saya mengunyah kaki lipas itu dan dia tak nak keluarkan sehingga saya perlu mengeluarkan kaki serangga itu secara paksaan,” katanya.

Insiden itu menyebabkan si ibu takut nak mencium bibir anaknya buat masa ini.

Sumber: Chinese Press, World of Buzz

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *