Terbongkar! Ustaz Tidur Tepi Jalan Eropah Dengan Isteri & Bayi Rupanya Ada Kes Rogol, Cabul & Ajaran Zikir Sesat?

Sebijik macam Ustaz Hamadi dalam drama Nur!

Kalau korang masih ingat, dulu kami ada post mengenai kisah seorang ustaz yang bercuti di Eropah namun dek kerana nak berjimat cermat, dia telah membiarkan isteri dan bayi berusia 2 bulan tidur di tepi jalan.

Ingatkan setakat kisah tu je, rupanya semalam tiba-tiba viral pulak kisah ustaz tersebut rupanya pernah merogol wanita, mencabul, menipu anak muridnya dan juga mengajar zikir yang sesat sehingga menyebabkan pasangan suami isteri bercerai berai! Allahuuuu…

“Alhamdulillah, sebanyak 7 laporan polis telah dibuat ke atas ustaz berkenaan”

Menerusi perkongsian Sha Ramson Abdullah yang juga salah seorang mangsa ustaz tersebut di Facebook, dia mengakui yang dia juga pernah hampir cuba dirogol ustaz terbabit dan ramai lagi mangsa pernah dicabulnya.

Lebih mengejutkan ustaz terbabit juga berani mencabul isteri orang dikala suami wanita terbabit pergi mengerjakan umrah di Mekah! Allah ustaz jenis apa ni…

Korang teruskanlah membaca posting mangsa di bawah. Amaran: Posting memang panjang tapi berbaloi!

“Ustaz tersebut juga pernah meminta sumbangan pada orang ramai dengan ayat dia nak sambung belajar… tapi viral bulan lepas bangga travel ke Eropah”

“Ada dalam kalangan mereka yang bercerai suami isteri. Zikir yang mereka amalkan membuatkan jadi panas baran sampai sanggup cekik isteri”

Selain daripada pendedahan di atas, Sha Ramson juga memuat naik beberapa mesej Whatsapp dan posting dari mangsa ustaz tersebut yang sudah bertaubat dan teraniaya.

Ada yang mengaku setelah mengikuti kumpulan zikir ustaz terbabit, mereka bercerai suami isteri sebab jadi panas baran. Allah dah jadi ajaran sesat pulak…

“Eeeiii jijiknya syaitan bertopengkan agama!”

Rata-rata netizen yang membaca kisah ustaz ini memang terkejut habislah dan tak sangka macam ni punya teruk perangainya. Seperti yang korang boleh agak, ustaz terbabit telah mendapat kecaman hebat daripada netizen.

sumber : facebook via lobakmerah

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *