Wanita Ini Temui Jam Tangan Rolex Bernilai RM1,047,625 Di Bawah Sofa Miliknya

Paul Altieri dari Bob’s Watches baru sahaja mengongsikan sebuah cerita yang paling gila sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam perniagaan jam tangan mewah.

Beliau menceritakan kisah tentang seorang wanita warganegara Kanada yang menjumpai seutas jam tangan di bawah kusyen sofa yang dibelinya empat tahun lalu di sebuah kedai bundle dengan harga $25 (~RM104.76).

Setelah meneniliti jam tersebut dengan lebih dekat, wanita berkenaan mendapati jam tersebut merupakan seutas jam tangan berjenama Rolex. Wanita tersebut tidak tahu betapa bertuahnya dia kerana hanya beberapa orang sahaja mampu memliki jam tangan tersebut.

Jam tangan tersebut merupakan jam tangan vintaj Rolex Daytona 6241 ‘Paul Newman’, yang mana Altieri menyatakan bahawa jam tangan tersebut merupakan raja dalam dunia jam tangan vintaj.

Wanita tersebut menghubungi kedai bundle tempat dimana dia membeli sofa tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai pemilik asal sofa berkenaan tetapi gagal. Ini kerana pihak kedai tersebut tidak mempunyai rekod pemilik sebelum ini apatah lagi cara untuk menghubungi mereka disebabkan urusan jual beli telah lama dilakukan.

Setelah meneliti jam tangan berjenama Rolex itu, wanita tersebut sedar betapa berharganya jam tangan itu lalu menghubungi Bob’s Watches untuk menjualnya.

Wanita berkenaan tidak mahu risiko jam tersebut hilang dalam mel dan dia juga tidak mempunyai wang untuk perjalanan ke California, maka Altieri menghantar pakar Rolex vintaj ke Kanada.

Pakar tersebut mengesahkan jam tangan tersebut adalah tulen dan bernilai $250,000 (~RM1,047,625). Wanita berkenaan menjual jam tangan itu kepada Bob’s Watches dengan nilai yang disebutkan.

Model Paul Newman ini pernah memecah rekod untuk jam tangan paling mahal yang pernah dijual di lelongan pada tahun 2017 dengan harga RM71,255,500.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *